6 – 40 tahun. Kenapa Had Umur Terlalu Sempit? | Life Engineering    
Life Engineering BNM Umur
24 Dec, 2019

6 – 40 tahun. Kenapa Had Umur Terlalu Sempit?

by lfeadmin in article 0 comments

6 – 40 tahun. Kenapa had umur terlalu sempit?

Had umur penyertaan Life Engineering ialah 6 – 40 tahun. Ramai yang bertanya, kenapa had umur yang layak tidak dibuka lebih luas untuk kanak-kanak sehingga warga emas?

Terlebih dahulu, ada beberapa kekhilafan tentang had umur penyertaan Life Engineering.

1.     Cecah 40 tahun tak boleh sertai

Untuk yang berumur 4o tahun, sila semak tarikh lahir anda (kalau itu pun anda lupa lah). Anda masih layak untuk sertai walaupun selepas hari lahir anda yang ke-40. Anda mempunyai masa setahun untuk mendaftar selagi umur anda belum mencecah 41. Ya, jika esok adalah hari lahir anda yang ke-41, hari ini adalah hari terakhir untuk anda mendaftar.

2.     Selepas 40 tahun, keahlian sebagai pekongsi terbatal

Tidak sama sekali. Setelah anda menjadi Pekongsi Life Engineering, keahlian anda adalah untuk seumur hidup, melepasi 40 tahun dan seterusnya. 40 tahun adalah had umur untuk pendaftar baharu sahaja. Namun, jika umur anda telah masuk 41 tahun dan ke atas dan anda membatalkan sendiri, atau keahlian anda dibatalkan atas sebab seperti tidak memperbaharui baki deposit, atau tidak membayar yuran tahunan RM100, anda tidak dapat untuk mendaftar semula kerana pendaftaran setelah pembatalan keahlian dianggap seperti pendaftaran baru, dan tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran keahlian yang sama.

3.     Umur 6-18 tahun boleh mendaftar sendiri

Syarat untuk pekongsi di bawah 18 tahun ialah hanya penyertaan sebagai ‘Dependant’ yang membawa maksud mereka didaftarkan oleh ‘Sponsor’ yang berumur 18 tahun dan ke atas, dan kad pembayaran didaftarkan di atas nama ‘Sponsor’ berkenaan.

4.     ‘Sponsor’ mestilah berumur kurang dari 40 tahun

Untuk menjadi ‘Sponsor’ anda tidak dihadkan kepada had umur 40 tahun. Walaupun anda telah melebihi had umur penyertaan, anda masih boleh menaja ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ambil berat, yang mana mereka itu perlulah berumur dalam lingkungan 6 hingga 40 tahun.

Kenapa hanya 6 – 40 tahun?

Life Engineering bermula pada tahun 2017 dengan membuka penyertaan Pekongsi dalam lingkungan umur 8 – 40 tahun. Life Engineering adalah sebuah program yang dibentuk melalui kajian mendalam oleh pihak aktuari dimana had umur penyertaan ditentukan berdasarkan kebolehlaksanaan dan had risiko yang mampu ditanggung oleh komuniti.

Oleh sebab program ini berasaskan perkongsian komuniti, kebajikan setiap ahli komuniti mestilah dijaga dengan tidak sewenang-wenangnya melambakkan beban risiko yang tinggi yang akhirnya mungkin akan menyebabkan masalah jumlah perkongsian yang tinggi terpaksa ditanggung oleh keseluruhan komuniti.

Setelah sekian tempoh program ini berjalan, jumlah ahli pekongsi kini kian bertambah, sekaligus melebarkan julat risiko yang mampu ditanggung oleh komuniti Life Engineering. Dengan itu, pada pertengahan tahun 2019, had umur penyertaan telah dibuka untuk kanak-kanak lebih muda berumur 6 dan 7 tahun.

Life Engineering medical card umur

Apa yang akan berlaku di masa akan datang?

Kini sedikit sebanyak anda sudah memahami bagaimana risiko dikawal di bawah program Life Engineering ini. Dengan bertambahnya lagi jumlah Pekongsi Life Engineering, risiko juga akan semakin menurun apabila bebanan kos diagihkan kepada sejumlah besar ahli komuniti.

Sejurus dengan itu, Life Engineering akan membuka had umur penyertaan untuk mereka yang berumur 41 dan ke atas.

Life Engineering BNM umur
Sabar lah Ling ye... Biarlah budak-budak tu join dulu

Bila ianya akan berlaku? Bergantung kepada sokongan anda kepada program ini. Lebih ramai yang sertai dengan segera, lebih cepatlah program ini akan dibuka kepada golongan yang lebih meluas. Mungkinkan ibu bapa anda layak dilindungi dalam program Life Engineering? Andalah penentunya.

Bukan sekadar had umur

Apabila risiko semakin menurun, bukanlah hanya had umur sahaja yang dapat diperluaskan. Malah jenis perlindungan juga akan diperbanyakkan tidak sekadar terhad kepada penghospitalan sahaja. Lebih manfaat menanti para Pekongsi dimasa akan datang.

Program Life Engineering ialah Program Perkongsian Kos Perubatan yang memberi perlindungan perubatan paling mampu-milik, dan hanya akan menjadi lebih bernilai selaras dengan perkembangan ahli komuniti dimasa akan datang.

Daftar Sebagai Pekongsi Life Engineering Hari Ini!

Proses pendaftaran adalah sangat mudah. Tiada dokumen atas kertas yang perlu diisi dan ditandatangani. Kesemua urusan dan maklumat pendaftaran dilakukan atas talian melalui aplikasi Life Engineering yang boleh dimuat turun melalui Google Play. Masukkan keterangan tentang diri, dan anda telah berada dalam saluran yang betul untuk anda membantu orang lain dan juga diri sendiri. Anda boleh juga mendaftar melalui link ini.

Jika anda masih belum bersedia, anda boleh mendaftar sebagai Life Engineering Guest melalui www.lifeengineering.my. Penyertaan adalah seratus-peratus percuma. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa sebarang komitmen. Hubungi kami di 03-67348843, atau melalui whatsapp 0169472999.Petugas kami akan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang kemusykilan anda.

Selain itu, sila ke link ini untuk melihat testimoni dan info lain yang bermanfaat.

Share this / 分享:

Leave a comment