alternatif medical card insurans | Life Engineering    
alternatif medical card insurans
5 Dec, 2019

ALTERNATIF SELAIN MEDICAL CARD / INSURANS – Coretan Ahli Pekongsi Life Engineering

by lfeadmin in Social Media 0 comments
ALTERNATIF SELAIN MEDICAL CARD / INSURANS
Puan Kam dan suami

Terima kasih Puan Kamariah kerana memberi kebenaran untuk kami kongsikan tulisan Puan di laman web Life Engineering. Terima kasih juga kerana membantu mempromosikan Life Engineering melalui blog Puan sendiri.

Puan Kamariah Binti Mohd Pauzi, atau Cik Puan Kam, ialah seorang pekongsi Life Engineering sejak 2018 yang mendapat tahu tentang program ini melalui perunding kewangan terkenal iaitu KC Lau.

Mari lihat pengalaman Cik Puan Kam sendiri bersama Life Engineering.

Baca tulisan asal dari blog Cik Puan Kam

Ini sebab & alasan yang selalu kita dengar kan?
Ya, memang betul. Dengan keadaan ekonomi sekarang,segala kos kian meningkat.
Jadi, bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa mengorbankan keperluan untuk mendapatkan perlindungan bil perubatan.

Secara purata, komitmen bulanan untuk sebuah polisi perlindungan perubatan bernilai RM200,000 ke RM1 juta bagi yang berumur 35 – 40 tahun adalah sekitar RM200 hingga RM350 sebulan. Jadi memang betullah, bagi kebanyakan rakyat Malaysia jumlah ini boleh di gunakan untuk perkara lain yang lebih prioriti. Tapi, adakah itu bermaksud perlindungan perubatan tidak penting?

Jadi, Kam nak kenalkan satu Program Perkongsian Kos Perubatan yang pertama di MalaysiaLIFE ENGINEERING
Untuk pengetahuan semua, Kam & suami sudah menjadi pekongsi Life Engineering sejak Julai 2018 lagi.
Bagi tempoh Julai 2018-Ogos 2019, Kam hanya bayar RM27.57 untuk manfaat perlindungan kos perubatan sebanyak RM1 juta setahun! Khairat kematian berjumlah RM5,000 dan bertambah lagi RM1,000 bagi tahun² berikutnya.

Saya jelaskan disini, RM27.57 ialah bayaran selama setahun, bukan sebulan ya. Purata bagi setiap bulan bagi Puan Kam sehingga september 2019 ialah hanya RM2.30 sebulan!

Mari lihat pula purata bulanan keseluruhan bagi ahli yang mendaftar semenjak awal penubuhan Life Engineering sehingga November 2019 (yang bukan perokok);

perkongsian bulanan perlindungan medical card

Jumlah  perkongsian keseluruhan ialah RM97.49, dan dibahagikan kepada tempoh 30 bulan jumlah setiap bulan jatuh hanya RM3.25 (kadar perkongsian sahaja tidak termasuk RM100 yuran tahunan).

Apa yg Kam bayar dgn menggunakan debit card (online banking) pada hari pertama?
✅payment gateway RM2.99
✅annual fee (percuma pada waktu Kam mendaftar)
*bagi pendaftaran baru mulai 2019, caj annual fee adalah RM100/setahun.
✅deposit RM100
Jumlah RM102.99
Sehingga hari ini, deposit Kam masih berbaki RM75.42.

Beruntung Puan Kam sebab mendaftar awal dapat annual fee waiver. Yang lain-lain RM100 perlu dibayar setiap tahun untuk bantu maintain program ini. Itupun RM100 dibahagikan dengan 12 bulan, cuma RM8.30 sahaja sebulan.

Life Engineering juga merupakan 1 program PERKONGSIAN KOS PERUBATAN PATUH SYARIAH yg mengambil konsep Takaful. Di mana bila ada di antara pekongsi yang sakit, barulah pemotongan deposit dibuat. Jika tiada pekongsi yg sakit pada bulan itu,maka ianya adalah RM 0.
Segala maklumat seperti senarai lebih kurang 200 buah hospital panel (kerajaan & swasta), rekod pembayaran, rekod kemasukan hospital setiap pekongsi boleh didapati dalam 1 applikasi mudah yg boleh dimuat turun di Play Store secara percuma.

Program Life Engineering menerima taraf patuh Syariah setelah diteliti segala aspek pengurusan dan pengendalian dana yang dimasukkan oleh setiap Pekongsi. Pengauditan oleh Afshaa Shariah Advisory dijalankan setiap seathun sekali bagi memastikan apa-apa aktiviti panambahbaikan dilakukan terus menepati garis panduan ditetapkan.

alternatif terbaik medical card, insurans takaful perubatan, perlindungan kesihatan murah patuh syariah

Dana Deposit Perkongsian tidak diambil untuk apa-apa tujuan pelaburan. Manakala yuran tahunan pula digunakan untuk urusan pentadbiran syarikat.

Berikut adalah perkongsian yg dibuat dalam tempoh Julai’18-Ogos’19.
24/01/19: RM4.35 (dari kos keseluruhan RM2,719 40 bagi kes denggi)
24/03/19: RM6.75 (dari kos keseluruhan utk 2 kes influenza berjumlah RM4,863.65)
24/06/19: RM2.91 (dari kos keseluruhan RM2,508.55 bagi kes kecederaan melecur di tangan)
24/07/19: RM7.90 (dari kos keseluruhan RM7,073.05 bagi kes kesakitan abdomen & pelvik)
24/08/19: RM2.64 (dari kos keseluruhan RM2,435.80 bagi kes acute gastritis)

Kami berbesar hati mempunyai seorang pekongsi yang seteliti Puan Kam. Setiap kes Puan Kam rujuk semula tarikhnya, jumlah perkongsian, jumlah bil dan sebab kemasukan ke hospital. Tapi sebenarnya Life Engineering memudahkan semua maklumat ini untuk diakses melalui mobile app sahaja, supaya setiap pekongsi mengetahui dengan jelas ke mana duit deposit perkongsian mereka dibelanjakan.

Macam mana Kam boleh tahu dgn terperinci apa yg berlaku pada deposit Kam? Kerana semuanya ada di dalam applikasi Life Engineering.

Malahan, setiap kali pemotongan deposit dilakukan,para pekongsi akan menerima email yg mengandungi butiran pekongsi yg dimasukkan ke hospital.

Dari situ,ianya telus. Ya.. Ianya telus dgn kehadiran eMas yg merupakan Auditor bil perubatan rasmi Life Engineering. eMas memainkan peranan penting di mana,setiap kemasukan hospital akan di audit utk memastikan tiada penyelewengan berlaku.

Anda boleh download applikasi Life Engineering di Google Play Store melalui link ini; LIFE ENGINEERING Mobile App

Kenali eMAS di sini; eMAS

Nak tahu lebih lanjut?

Klik link di bawah & daftarlah sebagai GUEST secara percuma! Walaupun anda berstatus guest, anda masih boleh melihat info-info penting mengenai Life Engineering.

Daftar Guest Life Engineering Percuma

Jadilah pekongsi aktif Life Engineering bila-bila masa 😊

Life Engineering.. Together,we connect, we save lives❤

Terima kasih sekali lagi kepada Cik Puan Kam kerana berkongsi manfaat2 Life Engineering, melalui pengalaman beliau sendiri, first hand sebagai seorang Life Engineering Sharer.

Anda boleh juga ikuti blog Cik Puan Kam kerana beliau adaalah seorang yang sangat suka berkongsi. Life Engineering hanyalah salah satu kebaikan yang beliau merasakan layak dikongsi, banyak lagi info-info berguna yang Cik Puan Kam kongsikan di blognya.

Sila lawati Facebook page Life Engineering untuk mengetahui pelbagai updates tentang program Life Engineering ini.

Share this / 分享: