Penat Bayar Insurans Takaful Setiap Bulan? | Life Engineering    
insurans takaful
28 May, 2019

Penat Bayar Insurans Takaful Setiap Bulan?

by lfeadmin in News 0 comments

Penat Bayar Insurans Takaful Setiap Bulan?

Perspektif

insurans takaful

Berapa anda bayar insurans takaful anda setiap bulan? Kami memahami anda perlukan perlindungan bagi diri sendiri mahupun ahli keluarga anda. Tetapi adakah anda pasti dengan membeli pelan insurans atau takaful adalah jalan yang terbaik mendapatkan perlindungan tersebut? Anggaran bayaran premium insurans perubatan adalah di antara RM150 – RM300 sebulan, malah ada yang sanggup membayar sehingga RM500 sebulan untuk jaminan insurans bernilai sekurang-kurangnya RM250,000 sekiranya sesuatu penyakit yang tidak diingini menimpa diri anda atau keluarga. Apakah yang terjadi kepada pelan perlindungan tersebut jika anda berhenti membayar, atau ketinggalan beberapa bulan? Dengan mudahnya plan anda boleh dibatalkan tanpa mendapat sebarang manfaat pun.

Apakah respon anda jika ada pihak yang mendakwa boleh memberikan anda perlindungan sehingga RM1,000,000 setiap tahun, tanpa bayaran bulanan? Adalah tidak munasabah bagi rakyat Malaysia kini untuk mendapatkan nilai perlindungan yang sama dengan kadar minimum serendah RM50, apatah lagi dengan kos perubatan yang terus meningkat dari tahun ke tahun. Tetapi, jika kita mencari penyelesaian isu ini dari sudut berbeza, ianya tidaklah terlalu mustahil. Memperkenalkan konsep Perkongsian Kos Perubatan dari Life Engineering.

Konsep Perkongsian Ramai yang Inovatif

Dalam dunia yang serba baru dan melalui pelbagai perubahan, anda harus bersedia untuk menerima cara baru dalam bermacam-macam urusan hidup. Seperti contoh, Pengendali telefon awam menjadi pupus dengan pesatnya perkembangan teknologi telefon pintar. Rata-rata masyarakat lebih senang menggunakan servis Grab untuk ke destinasi berbanding dengan mengambil teksi. Bagaimana pula dengan insurans atau takaful? Cara mendapatkan pelan insurans dan takaful yang terbaik adalah dengan mencari pelan yang BUKAN insurans atau takaful.

Life Engineering adalah program perkongsian kos perubatan yang menjadi alternatif kepada takaful atau medical card konvensional yang membolehkan anda untuk menjimatkan kos bulanan anda secara mendadak. Bukan sahaja lebihan RM200 atau Rm300 dalam poket anda, malah anda sebagai peserta adalah salah satu penyumbang  kepada usaha meringankan beban tanggungan kos perubatan peserta yang lain. Life Engineering adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Konsep perkongsian bukanlah sesuatu yang baru. Masyarakat semenjak dulu lagi sudah biasa dengan amalan bantu-membantu atau mengutip derma jika terdapat kemalangan yang menimpa sesebuah komuniti. Semakin ramai yang menderma, semakin rendahlah jumlah kutipan derma yang diperlukan dari setiap orang untuk menanggung kos kecemasan tersebut. Inilah asas yang kami di Life Engineering terapkan.

Kami memberi suntikan teknologi baru kepada konsep perkongsian ramai melalui aplikasi mobile bagi menangani isu kenaikan kos perubatan yang membimbangkan. Semakin ramai pekongsi berjiwa murni seperti anda yang menyertai program ini, kami percaya taraf kehidupan seluruhnya dapat ditingkatkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan. Sertailah Life Engineering hari ini.

Bagi yang mengambil berat tentang status kepatuhan syariah, Life Engineering telah diiktiraf sebagai program Patuh Syariah oleh Afsha Shariah Advisory Sdn Bhd, sebuah badan perunding syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini kerana segala wang pekongsian adalah dikhaskan untuk tujuan kos perubatan semata-mata. Tiada sebarang pelaburan dijalankan menggunakan wang tersebut.

Penjimatan

Sebagai seorang pemegang polisi insurans atau takaful, anda dikenakan bayaran bulanan di antara RM200 hingga RM300, bergantung kepada usia anda dan juga beberapa faktor lain. Berlainan bagi Life Engineering, anda tidak perlu membayar, tetapi anda berkongsi sesama peserta pada kadar maksimum RM50 sahaja sebulan. Itupun jika ditakdirkan pada bulan tertentu mana-mana ahli komuniti Life Engineering memerlukan rawatan hospital. Jika tiada sesiapa jatuh sakit, tiada sebarang perkongsian akan dijalankan. Kesemua pekongsi akan menikmati perkongsian RM0 pada bulan tersebut. Mari lihat contoh berikut:

Kes 1: Pada bulan Mac, seorang pekongsi Life Engineering dimasukkan ke hospital untuk rawatan batu karang. Kos rawatan tersebut mencecah RM5000 termasuk cas katil hospital pada kadar RM150 satu malam. Terdapat 500 orang pekongsi pada waktu itu dan keseluruhan kos tersebut dibahagikan kepada 500 orang. Seorang pekongsi hanya perlu berkongsi sebanyak RM10 sahaja untuk bulan Mac, namun tetap menikmati perlindungan sehingga RM1,000,000!

Kes 2: Pada bulan April, 2 orang pekongsi Life Engineering terpaksa menjalani rawatan perubatan dimana jumlah keseluruhan untuk mereka berdua adalah RM40,000. Jumlah ini dibahagikan kepada 500 pekongsi yang berdaftar ketika itu dan masing-masing perlu berkongsi sebanyak RM80. Bukankah hanya RM50 dihadkan setiap bulan? Benar, pekongsi masih lagi perlu berkongsi hanya RM50 pada bulan itu, dan baki RM30 akan dibawa ke bulan berikutnya.

Kesimpulannya, Walau apa sekali pun, setiap pekongsi hanya perlu menanggung kos maksimum RM50 sebulan. Penjimatan yang sudah tentunya jauh lebih baik berbanding bayaran premium insurans dan takaful konvensional. Ini bertepatan dengan tujuan utama program ini ditubuhkan iaitu bagi memberi peluang golongan B40 dan M40 untuk mendapat akses kepada servis perubatan yang berkualiti.

Mengapa Masih Mahu Menanggung Bayaran Insurans dan Takaful Setiap Bulan?

Mungkin anda memerlukan satu sudut baru dalam melihat isu ini. Life Engineering memberikan perlindungan yang sama, kalau bukan lebih baik dari insurans dan takaful, iaitu sehingga RM1,000,000 bagi seorang pekongsi TANPA bebanan bayaran bulanan. Walaubagaimanapun, kos perubatan yang ditanggung oleh program Life Engineering adalah terhad kepada kos rawatan pesakit dalam termasuk:

• Bayaran Pembedahan (bukan kosmetik)

• Pembedahan Harian

• Servis dan Keperluan Hospital

• Bayaran Ubat Pelali

• Katil dan Bilik Hospital (Maksimum RM150 satu malam)

• ICU (Unit Rawatan Rapi)

• Caj Ambulans

Tidak jauh bezanya dengan mana-mana insurans kesihatan atau takaful, dalam sesetengah keadaan tertentu kos rawatan akan dikecualikan daripada ditanggung oleh Life Engineering. Bagi  sebuah program yang berasaskan non-profit, kami berkhidmat untuk komuniti. Hak ini haruslah tidak disalahgunakan dalam usaha memberi kesaksamaan kepada semua peserta. Kos-kos yang terkecuali adalah termasuk:

• Ujian Diagnostik Pra-Hospital

• Konsultansi Pakar Pra-Hospital

• Rawatan Pra/pasca-Hospital

• Kemoterapi, Elektroterapi, dan dialisis (kecuali semasa diwadkan)

• Pemindahan Organ

Adakah Anda Layak Menjadi Salah Seorang Pekongsi Life Engineering?

Buat sementara ini, program ini hanya dibuka kepada rakyat Malaysia sahaja yang berumur 8 hingga 40 tahun (8 hingga 40 ialah syarat layak untuk menyertai. Setelah menjadi pekongsi, anda akan kekal mendapat perlindungan sehingga melepasi 40 tahun).  Untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan dan penganiayaan kepada pekongsi lain, anda haruslah dalam keadaan sihat semasa menyertai dan tidak mempunyai rekod perubatan lampau. Adalah amat-amat disarankan bagi anda untuk sentiasa mengamalkan cara hidup sihat kerana jika anda mengurangkan risiko anda jatuh sakit, jumlah pekongsian setiap bulan juga akan turun menjadi minimum. Anda juga haruslah seorang yang jujur, mengambil berat tentang tanggungjawab dalam masyarakat, dan juga berhasrat untuk membentuk dunia yang lebih baik untuk semua.

Daftar Sebagai Pekongsi Life Engineering Hari Ini!

Untuk tempoh terhad sehingga 5/7/2019 ini, pendaftaran yang diterima sehingga tarikh tersebut akan menerima saguhati istimewa dari Life engineering. Untuk pendaftaran secara kelompok, 3 orang ke atas, masing-masing akan menerima rebat wang tunai RM100.

Proses pendaftaran adalah sangat mudah. Tiada dokumen atas kertas yang perlu diisi dan ditandatangani. Kesemua urusan dan maklumat pendaftaran dilakukan atas talian melalui aplikasi Life Engineering yang boleh dimuat turun melalui Google Play. Masukkan keterangan tentang diri, dan anda telah berada dalam saluran yang betul untuk  anda membantu orang lain dan juga diri sendiri. Anda boleh juga mendaftar melalui link ini.

Jika anda masih belum bersedia, anda boleh mendaftar sebagai Life Engineering Guest melalui www.lifeengineering.my. Penyertaan adalah seratus-peratus percuma. Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa sebarang komitmen. Sebagai Life Engineering Guest, anda dapat . Hubungi kami di 03-62428884, atau melalui whatsapp 0169472999.Petugas kami akan sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang kemusykilan anda.

Share this / 分享:

Leave a comment