Pembunuh Yang Pendiam: Penyakit Merbahaya yang Mungkin Anda Hidapi Tanpa Disedari | Life Engineering    
pembunuh senyap perlindungan perubatan
8 Oct, 2019

Pembunuh Yang Pendiam: Penyakit Merbahaya yang Mungkin Anda Hidapi Tanpa Disedari

by lfeadmin in article 0 comments

Pembunuh Yang Pendiam: Penyakit Merbahaya yang Mungkin Anda Hidapi Tanpa Disedari

Situasi seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi amat menakutkan disebabkan seringkali kedatangnnay tidak diduga. Malangnya, banyak lagi penyakit-penyakit merbahaya yang lain yang turut tidak diundang, menginap di dalam tubuh anda tanpa anda sedari. Sesetengah jenis kanser, gannguan autoimmune, dan kebanyakan Jenis STD (penyakit kelamin) boleh moerosakkan tubuh badan seseorang selama bertahun-tahun sebelum disedari kehadiran mereka.

Berikut adalah senarai penyakit-penyakit yang boleh menjadi pembunuh dalam senyap;

1. Penyakit Celiac

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan

Keghairahan mengikuti trend ‘anti-gluten’ telah mula menular dalam masyarakat Malaysia yang pentingkan kesihatan. Walaupun ianya adalah trend semata-mata yang menyusahkan bagi yang tidak menghidapi penyakit celiac, namun menghidari gluten adalah satu kemestian bagi pesakit celiac. Malangnya, ramai pesakit celiac tidak menyedari yang mereka sebenarnya menghidapi penyakit itu. Penyakit celiac adalah satu penyakit autoimmune yang dicetuskan oleh kehadiran gluten yang menjadi sebahagian komponen dalam gandum, barli, dan beberapa hasil bijirin yang lain. Kesannya anda mungkin mengalami kelesuan, sakit sendi, migrain, symptom kemurungan selagi anda terus mangambil gluten. Jika celiac tidak dirawat, ia boleh merosakkan usus kecil anda. Lebih kurang 1.25% rakyat Malaysia dilaporkan menghidapi penyakit ini.

2. Osteoporosis

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-2
Mengapa semasa hidup tulang boleh reput, lepas mati tak reput-reput pulak?

Osteoporosis berlaku disebabkan penyusutan jisim tulang dan biasanya secara perlahan dan tanpa disedari. Penyakit ini telah menjadi penyebab lebih 2 juta kes patah tulang setiap tahun. Seseorang yang semakin meningkat juga akan semakin merendah diri iaitu dalam erti kata sebenar, ukuran ketinggiannya semakin berkurang, dan postur badannya semakin membongkok disebabkan oleh osteoporosis. Namun proses ini memakan masa bertahun-tahun dan tidak ketara pada pandangan mata kasar. Apabila usia meningkat, keperluan vitamin D juga akan meningkat untuk melambatkan penyusutan tulang.

3. Diabetes

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Ini baby saya namanya boba

Diabetes atau kencing manis ialah satu penyakit yang boleh diwarisi melalui keturunan dan juga boleh dihidapi melalui gaya hidup dan pemakanan. Diabetis tahap 2 ialah jenis yang boleh dihidapi. Jika anda mengambil terlalu banyak gula dan badan anda tidak mampu memprosesnya melalui insulin, anda berkemungkinan besar telah menghidapi diabetis tahap 2. Simptom yang paling biasa dikesan oleh pesakit diabetis adalah seperti kepenatan dan kelesuan, kerap dahaga, dan peningkatan selera makan. Walaubagaimanapun, setiap gejala ini tidak banyak bezanya dengan situasi biasa dimana seseorang berkemungkinan berasa lapar, dahaga, atau keletihan atas sebab-sebab lain selain diabetis. Oleh itu, adalah sukar mengenalpasti gejala diabetis melainkan melalui ujian darah dan air kencing.

4. Colon cancer

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Ini usus besar saya seperti dilihat melalui kanta pembesar

Kanser kolon adalah pembunuh yang paling licik disebabkan kesukaran untuk mengesannya pada tahap awal. Ia bermula dengan ketumbuhan tisu yang kecil di dalam usus besar. Kebiasaannya ia tidak mendatangkan sebarang bahaya namun kadangkala selepas tempoh tertentu ia boleh menjadi kanser. Tanpa menjalani ujian saringan, kemungkinan besar perubahan ini tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun dan semakin lama ia akan menjadi semakin sukar dirawat. Anda mungkin akan mengalami cirit-birit, sembelit atau terdapat darah pada najis sepanjang pertumbuhan kanser ini. Malangnya, apabila gejala-gejala ini mula muncul, ia mungkin sudah terlambat.

5. Liposarcoma

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Benjolan lemak yang tidak boleh diambil ringan

Liposarcoma ialah sejenis kanser yang terbentuk di dalam tisu lemak, menghasilkan tumor tanpa sebarang tanda. Disebabkan tumor ini amat menyerupai ketulan lipoma di bawah lapisan kulit yang tidak merbahaya, ia kebiasaannya dibiarkan tanpa dijalankan pemeriksaan atau rawatan. Tambahan jika ia terbentuk di bahagian badan yang terlindung seperti di belakang lengan atau kaki, ia lebih sukar dikesan selama berbulan atau bertahun-tahun. Keadaan ini amat merbahaya apabila ia merebak ke hati atau paru-paru dan tidak dirawat dengan segera.

6. COPD

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Bernafas itu penting

Penyakit paru-paru obstruktif kronik ialah sebahagian dari kumpulan penyakit paru-paru yang sukar dikesan diperingkat permulaan. Batuk, sesak dada, dan sukar bernafas selalunya berlaku sebelum sebarang tanda diagnosis dapat dikesan. Gejala-gejala ini amat menyerupai gejala penyakit biasa seperti selsema atau jangkitan virus dan seringkali diabaikan dengan harapan ia akan beransur pulih dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, jika ada seorang yang merokok, anda amat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

7. Fatty liver disease

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Hati berlemak bermula dari makanan berlemak

Seperti namanya, penyakit hati berlemak berlaku apabila pengumpulan lemak pada hati yang menyebabkan keradangan dan kerosakan pada sel. Penyakit ini bersembunyi di hati, ia tidak mendatangkan sebarang gejala.  Doktor dan penyelidik hanya dapat mengaitkan risikonya dengan gaya hidup yang tidak sihat, diet yang buruk yang seringkali diiringi penyakit diabetis tahap 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolisma dan obesiti.

9. Chlamydia

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan
Cegah STD. Jadilah bijak

Walaupun ia merupakan salah satu penyakit jangkitan seksual, STD, namun bukan semua individu akan mengalami gejala. Hanya sebanyak 10% lelaki dan 30% wanita mempunyai simptom. Oleh itu, pemeriksaan dan ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti jangkitan ini. Untuk wanita, ia boleh menyebabkan jangkitan serviks menyebabkan mereka mengalami terkeluarnya cecair putih pekat seperti nanah dan pendarahan dari faraj. Mereka juga boleh mengalami sakit ketika kencing dan hubungan seksual. Jika jangkitan naik lebih ke atas di dalam organ peranakan mereka boleh mendapat penyakit radang pelvik, yang boleh menyebabkan kemandulan dan sakit di bahagian abdomen. Untuk lelaki pula, simptom termasuklah cecair putih pekat seperti nanah yang keluar daripada zakar, sakit ketika hubungan seksual dan kencing, kencing berdarah dan juga bengkak buah zakar..

11. Coronary artery disease

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-10
Tersumbat

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung boleh bergerak ke tahap kronik jika tidak diberi perhatian yang serius. Penyakit koronari arteri adalah penyakit yang berlaku apabila saluran arteri yang membekalkan darah ke jantung menjadi sempit atau tersumbat. Sakit atau sesak dada adalah gejala yang sering berlaku namum ia selalu diketepikan pelbagai factor lain juga boleh mendatangkan gejala yang sama. Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba sedangkan anda tidak pernah mengesan gejalanya sebelum itu. Jika anda mengalami kesakitan di dada lebih dari 5 minit, kemungkinan besar ia melibatkan jantung. Segeralah membuat pemeriksaan.

12. Sleep apnea

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-11
Bukan rawatan sebenar

Dengkuran yang kuat boleh mendatangkan bahaya. Sleep apnea berlaku apabila otot saluran pernafasan menjadi terlebih relaks semasa tidur dan menyekat kelancaran pernafasan. Apabila ianya berlaku, secara automatic otak akan menghantar signal untuk mengembalikan pernafasan yang normal, tanpa anda sedari. Sukar untuk mengenalpasti gejala semasa tidur menyebabkan ramai yang tidak mengetahui mereka menghidapi penyakit ini. Penyakit ini lebih berleluasa dikalangan perokok atau lebih berat badan.

13. Deep vein thrombosis

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-12
Anda menghidapi DVVT, eh, DVT…

Apabila ketulan darah beku terbentuk dalam urat vena di bahagian kaki, biasanya betis, anda mungkin tidak menyedarinya memandangkan ianya tidak mentadangkan apa-apa gejala. Dalam keadaan ini, ianyanjuga tidak merbahaya. Tetapi berwaspada jika ianya mula membesar kerana saluran darah boleh pecah menyebabkan darah merebak ke paru-paru dan kemudiannya menjejaskan keupayaan paru-paru untuk menyerap oksigen. Keadaan ini dikenali sebagai embolisme pulmonari (pulmonary embolism) dan boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, degupan jantung yang cepat dan tidak teratur, batuk berdarah, pening atau pengsan dan, dalam kes yang teruk, kematian secara tiba-tiba. Jika anda mempunyai mana-mana tanda dan gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

14. Hepatitis C

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-12
Ujian darah Hepatitis C

Hepatitis C ialah sejenis virus yang menyerang hati yang boleh mendatangkan keradangan hati yang ringan ataupun boleh menjadi kronik sehingga merosakkan organ tersebut jika tidak dirawat. Virus Hepatitis C amat sukar dikesan oleh sistem pertahanan badan manusia. Ini menjadikannya sebagai pembunuh senyap berikutan berupaya bertahan selama puluhan tahun dalam tubuh pesakit tanpa menunjukkan simptom sementara si penghidap pula menyangkakan dirinya sihat. Virus ini boleh merebak melalui hubungan seksual, dan amalan kurang menjaga kebersihan.

15. Glaucoma

pembunuh senyap penyakit merbahaya tanpa disedari perlindungan perubatan-14
Gambar hiasan semata-mata

Dari luaran, mata mungkin kelihatan sihat dan pesakit tidak merasakan apa-apa gejala. Ini kerana glaucoma menyerang saraf optic yang berada di belakang biji mata. Anda mungkin akan merasakan sedikit tekanan di belakang mata itupun jika anda cukup peka dengan perubahan yang berlaku kepada diri anda. Glaucoma yang serius boleh membawa kepada kehilangan deria lihat sepenuhnya.

Share this / 分享:

Leave a comment