Life Engineering Resource Center | Life Engineering    

Life Engineering Resource Center

Teruskan dalam Bahasa Melayu, atau tukar kepada;

alternatif terbaik medical card dan insurans takaful perubatan

Jika anda mengalami sebarang kecemasan yang memerlukan RM1000 segera, mampukah anda?


Berapakah baki akaun bank anda sebelum hari gaji? RM500? RM200? 0?


Adakah anda dilindungi insurans untuk menampung kos perubatan jika anda jatuh sakit?

Jika anda menjawab tidak untuk kesemua soalan di atas, jagalah kesihatan anda. Kos rawatan yang terlalu tinggi boleh membuatkan anda sakit dan bertambah sakit.

Jangan ambil mudah risikonya. Lihat bagaimana konsep perkongsian mampu membantu menyelamatkan anda.

Hospital kerajaan semakin hari semakin sesak, beban subsidi juga semakin bertambah. Hospital swasta tentulah mahal, tapi anda masih berpeluang menggunakan servis hospital swasta pada kadar amat mampu milik melalui Perkongsian Kos Perubatan.

Life Engineering merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada individu-individu yang prihatin ke atas permasalahan kenaikan kos rawatan perubatan masa kini. Komuniti Life Engineering berkongsi kos perubatan mana-mana yang memerlukan rawatan bagi membolehkan setiap ahli menanggung bersama kos tersebut pada kadar yang amat rendah.

Life Engineering menggunakan konsep perkongsian ramai, atau Crowdfunding yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat dunia digital, sebagai alternatif kepada cara konvensional.

Life Engineering memberikan manfaat yang sama seperti insurans kesihatan, tanpa bebanan bayaran bulanan yang tinggi.

Life Engineering alternatif takaful

Terbukti!  Bayaran bulanan yang rendah, purata RM3+ sebulan. Kadar maksima dihadkan kepada RM50 sebulan untuk kes-kes yang serius.

Alternatif Insurans dan Takaful, perlindungan mampu milik

Dengan hanya menyumbang kurang dari RM50* sebulan, bil perubatan anda ditanggung. Tanpa caj tambahan atau sebarang komisyen. * Perokok menyumbang 1.2 kali lebih dari kadar biasa.

Lebih dari 200 Hospital Panel

Anda layak mendapatkan rawatan dari kebanyakan hospital utama di Malaysia, termasuk 86 hospital swasta dan 135 hospital awam. Dapatkan khidmat perubatan yang anda perlukan di mana seluruh pelusuk negara.

RM1 Juta had Perkongsian

Sebagai pekongsi, anda layak berkongsi kos perubatan anda sehingga RM1 juta dalam tahun pertama. Setiap tahun berikutnya had perkongsian akan dinaikkan sebanyak RM200 pada setiap ulang tahun penyertaan anda.

Khairat Kematian

RM5,000 akan dibayar apabila pekongsi menemui ajal, dan akan ditambah sebanyak RM1,000 setiap tahun berikutnya. Jumlah ini juga dikongsi sesama pekongsi Life Engineering yang lain. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun waris pekongsi.

Dana Perkongsian Anda Dilindungi

Life Engineering TIDAK menyimpan wang perkongsian anda. Sebaliknya ianya terjaga di bawah akaun syarikat Pemegang Amanah yang berdaftar. Wang anda juga tidak dilaburkan di dalam mana-mana skim pelaburan.

Pengesahan Bil Oleh Profesional

Semua bil hospital diteliti dan diaudit oleh Juruaudit Perubatan Profesional yang diluluskan, eMAS bagi pengurusan cekap disaat anda memerlukannya.

Kami Bayar Dahulu Bil Anda

Sebaik sahaja anda dimasukkan ke hospital, Life Engineering akan menjelaskan keseluruhan bil anda terlebih dahulu. Selepas anda keluar dari hospital, barulah kos tersebut dibayar balik melalui duit perkongsian terkumpul.

Dapatkan Nasihat Pandangan Perubatan Secara Profesional

Anda boleh mendapatkan sokongan nasihat perubatan oleh pakar kami dari Juruaudit Perubatan Profesional, eMAS melalui email (jaminan respons dalam 48 jam).

Tak Perlu Berkongsi Apabila Tiada Keperluan.

Jika ditakdirkan kesemua pekongsi Life Engineering tidak jatuh sakit dalam bulan tertentu, tiada keperluan untuk berkongsi, iaitu RM0 perkongsian pada bulan tersebut.

Kongsi Bil Perubatan Anda Sepanjang Hayat

Anda layak berkongsi bil perubatan anda sepanjang hayat anda tanpa had limit umur, asalkan anda menepati syarat-syarat kelayakan semasa menyertai program Life Engineering.

Berkongsi Mengurangkan Kos, Meringankan Beban

Dengan kuasa perkongsian ramai, bersama-sama kita mengurangkan kos perubatan yang mencanak naik, dan membantu sesama komuniti untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Soalan yang perlu anda tanya kepada diri sendiri;

Tiada sesiapa yang kebal. Persoalannya, apakah kebarangkalian anda untuk jatuh sakit?

Bagi pengguna IOS, kami sedang berusaha memuatnaik aplikasi kami ke Apple Store. Sementara itu, anda boleh mendaftar melalui web;

Masih yurang yakin? Teruskan membaca.

e-MAS (Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat tempatan yang menyediakan khidmat penyelesaian pentadbiran perubatan komprehensif dan pengauditan bil, ditadbir oleh pengamal perubatan profesional. e-MAS menguruskan segala proses penghospitalan termasuk penilaian bil dan pengesahan kelayakan setiap kes dan penyertaan program Life Engineering. Kemudahan ini terdapat di kesemua rangkaian hospital yang menjadi panel merangkumi 86 hospital swasta dan 135 hospital awam seluruh Malaysia.

 

How Insurance Companies Make Money

Tidak seperti insurans, Life Engineering tidak terlibat dalam sebarang bentuk pelaburan menggunakan wang deposit perkongsian. Wang tersebut semata-mata digunakan untuk tujuan perkongsian bil perubatan sahaja seperti yang telah dipersetujui setiap pekongsi semasa menyertai program ini.

Ini menepati syarat-syarat pematuhan Syariah dan kelebihan Life Engineering ialah dalam ketelusan perjalanan program ini dalam mentadbir proses perkongsian kos perubatan. Tiada unsur yang terselindung.

Life Engineering TIDAK menggunakan wang deposit perkongsian anda untuk mendapatkan keuntungan. Secara ringkasnya, hanya yuran tahunan peserta iaitu RM100 setahun bagi setiap orang diambil oleh pihak syarikat untuk membiayai kos pentadbiran program dam selebihnya adalah sebagai keuntungan. Baca lebih lanjut di sini;

Panduan Program Life Engineering

Kes Kemasukan Hospital Terkini

Untuk melihat keseluruhan kes semenjak tahun 2017, sila download aplikasi mobile Life Engineering di Google Play dan daftar secara percuma sebagai LE Guest. Kesemua Guarantee Letter (GL) dikeluarkan dan disahkan oleh e-MAS.

Masa untuk bertindak!

Bagi pengguna IOS, kami sedang berusaha memuatnaik aplikasi kami ke Apple Store. Sementara itu, anda boleh mendaftar melalui web;

Perlukan lebih penjelasan? Tanyakan soalan anda terus kepada wakil kami. Juga lawati Facebook kami untuk update terkini.