insurans takaful
14 6月, 2019

Insurans dan Takaful, Apa Rasionalnya?

by lfeadmin in article 0 comments

Insurans dan Takaful, Apa Rasionalnya?

Mengapa perlunya insurans atau Takaful

Realiti kini memperlihatkan kenaikan kos perubatan yang sangat mendadak dari tahun ke tahun dan kenaikan ini tidak sejajar dengan kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia untuk mendapatkan khidmat perubatan yang sewajarnya. Dalam zaman serba moden ini, kita beruntung kerana kemajuan dalam teknologi perubatan telah dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya yang pada suatu waktu dahulu cenderung mengakibatkan kematian. Penyakit seperti polio, cacar, dan malaria telah berjaya dibasmi sepenuhnya. Malangnya pula, kemajuan teknologi ini hanya dapat dinikmati oleh golongan berkemampuan yang merangkumi sebilangan kecil rakyat Malaysia oleh kerana kosnya yang amat tinggi.

Perihal insurans dan Takaful di Malaysia

Persaingan yang serba rancak dapat dilihat antara syarikat-syarikat yang bergelumang dalam industri ini. Dalam usaha mengatasi pesaing, sesebuah syarikat penyedia insurans harus bijak dalam menetapkan harga bagi sesuatu produk mereka. Memanglah yang paling murah akan menjadi tarikan kepada golongan sasaran tetapi kos perubatan yang terus mencanak naik menjadi cabaran besar bagi mereka untuk mengekalkan margin keuntungan masing-masing.

Di sebalik kesukaran, syarikat-syarikat ini masih berpeluang mengejar pasaran yang semakin membesar. Permintaan kepada produk-produk insurans dan Takaful juga dijangka akan terus meningkat selaras dengan penambahan populasi dan tahap kesedaran. Ini membuatkan syarikat penyedia insurans dan Takaful tetap tegar bersaing untuk terus menggali lubuk pasaran ini. Untuk mengekalkan harga yang kompetitif, percaturan teliti harus dilakukan dalam membina sesuatu produk. Hal ini memungkinkan pembeli polisi mengambil produk yang sebenarnya bukan untuk mereka kerana untuk mengenalpasti setiap butiran terperinci sesuatu produk itu, pembeli harus mempunyai mata setajam pisau. Kemungkinan butiran-butiran penting telah diubahsuai, atau diletakkan syarat tertentu untuk membolehkan harga polisi kekal berdayasaing.

Disini, peranan ejen insurans adalah untuk menyerlahkan kebaikan sesuatu produk dan mengharapkan pelanggan akan terlepas pandang akan butiran-butiran yang kecil. Ejen-ejen insurans dan takaful juga memerlukan habuan selayaknya atas peranan yang mereka mainkan, dan kos ini ternyata telah sedia terbina dalam penetapan harga sesutau produk insurans itu. Kenyataan ini bukan bermakna ejen insurans adalah entiti yang perlu dijauhi, selain menjual, mereka juga harus menjalankan tugas-tugas selepas jualan seperti menguruskan hal-hal tuntutan pesakit, dokumentasi, dan mengambil tahu perihal pesakit yang mengambil polisi insurans melalui mereka. Walau apapun, dalam keadaan pasaran yang rumit ini, sebagai pengguna seharusnya mengambil inisiatif untuk mengkaji dengan lebih mendalam setiap perincian produk insurans atau Takaful sebelum mereka menurunkan tandatangan. Terdapat beberapa sumber di internet yang dapat membantu dalam menyalurkan informasi dan membuat perbandingan tentang produk-produk insurans dan Takaful. Tanpa terikat dengan mana-mana syarikat insurans, laman web seperti imoney.my, ringgitplus, howtofinancemoney.com, ibanding.com dapat menjadi sumber berguna bagi bakal pemegang polisi.

Cabaran industri insurans dan Takaful di Malaysia

Peningkatan Kos

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, kenaikan kos perubatan yang mendadak tidak lagi dapat dinafikan, dan tiada tanda-tanda ia akan kembali menurun pada masa hadapan. Sebahagiannya adalah disebabkan penggunaan teknologi yang terkini yang jika dilihat dari sudut positifnya, adalah amat dialu-alukan namun kita tidak terlepas daripada menanggung kosnya yang tinggi. Sebahagian lagi penyumbang kepada penginkatan kos secara keseluruhannya ialah sektor swasta yang melihat peluang baik untuk mengaut keuntungan. Bagi pembayar insurans, mereka hanya melihat situasi ini dari sudut kewangan mereka yang ditindas syarikat penyedia insurans dan Takaful, walaupun hal sebenarnya hospital swastalah yang menaikkan kadar rawatan dan memaksa syarikat insurans mengambil tindakan yang sama untuk membolehkan mereka terus bernafas.

Peraturan dan Kawalan Ketat

Dalam sesuatu industri yang berstruktur, peraturan dan pengawalan kerajaan melalui badan terlantik seharusnya dikuatkuasakan bagi mengelakkan syarikat-syarikat yang bersaing memainkan cara kotor untuk mendapatkan kelebihan dalam pasaran. Peraturan-peraturan ini secara konsisten akan ditambah baik dan diubahsuai namun disebabkan ini juga, kesemua syarikat terpaksa akur dengan kawalan yang semakin ketat dan membebankan.

Penipuan Tuntutan

Tuntutan palsu adalah perkara yang tidak asing dalam industri insurans dan Takaful. Sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan saluran ini sebagai sumber pendapatan segera. Selain itu, terdapat juga pihak-pihak yang memalsukan dokumen dan membuat penipuan terancang dalam membuat tuntutan rawatan yang tidak selayaknya untuk mereka. Masalah ini secara keseluruhannya memberi kesan ekonomi yang besar dan menambah kesukaran dalam mengendalikan perniagaan insurans dan Takaful ini.

Kesedaran

Memiliki polisi insurans kesihatan dan takaful masih dipandang sebagai satu kemewahan bagi golongan berada dimana kebanyakan golongan terutamanya B40 lebih mengutamakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan pengangkutan harian untuk ke tempat kerja. Hal kesihatan tidak menjadi keutamaan kerana kesannya yang tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat. Dalam masa yang sama, peranan hospital kerajaan adalah di tahap yang memuaskan untuk mereka meletakkan harapan mereka bagi mandapatkan rawatan kesihatan walaupun terpaksa menunggu lama di luar bilik rawatan. Syarikat insurans dan Takaful mendapati tahap menerimaan yang kurang dari golongan ini terhadap produk-produk mereka melainkan dengan hanya menetapkan harga yang lebih murah.

Risiko Penyakit Berbahaya

Gaya hidup moden kini memberi banyak keburukan disamping kebaikan yang dinikmati. Pilihan makanan menjadi amat mudah apabila kita menjuruskan pandangan kepada makanan berproses yang rendah nutrisi dan tinggi kandungan gula, lemak, dan bahan kimia. Ditambah dengan tekanan hidup yang tinggi, kurangny aktiviti fizikal, tarikan media elektronik seperti TV, komputer, dan telefon pintar, masyarakat di zaman ini lebih terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular, diabetis, dan kanser. Golongan muda berumur 30 – 40 tahun dahulunya dilihat sebagai golongan yang paling sihat, yang mampu menerajui ekonomi kini telah dibelenggu pelbagai masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Peningkatan tahap risiko ini sememangnya diambil kira oleh syarikat insurans dalam mereka bentuk produk mereka.

Alternatif Kepada Insurans dan Takaful

Di Life Engineering, kami peka dengan keadaan semasa dan telah melihat bagaimana system ini telah membantu, dan pada masa yang sama juga menindas orang ramai, terutamanya golongan bawahan. Penstrukturan semula industri perubatan adalah hampir mustahil memandangkan sekian lamanya ia telah terpasak dan menjadi sebahagian daripada infrastruktur kehidupan moden. Dengan ini, kami mengambil jalan yang radikal dengan memperkenalkan konsep baru dalam perkongsian kos perubatan. Ianya adalah yang pertama di Malaysia dan semakin mendapat perhatian sebagai usaha murni dalam menangani masalah kos perubatan.

Bersandarkan kepada konsep kemanusiaan yang merangkumi sifat dermawan dan ketulusan, kami mengesyorkan amalan bantu-membantu kepada yang memerlukan dengan hanya sumbangan kewangan yang kecil. Life Engineering merupakan alternatif terbaik kepada insurans dan takaful di mana tiada bayaran yang diperlukan jika tiada keperluan perubatan oleh mana-mana ahli. Jika terdapat keperluan, kos perubatan akan dibahagikan samarata di antara semua pekongsi Life Engineering, dan lebih ramai ahlinya, lebih murahlah jumlah tanggungan setiap pekongsi. Dengan cara ini, kami dapat mengehadkan jumlah perkongsian kepada hanya maksimum RM50 sebulan. Ini dibuktikan dengan purata perkongsian sebulan oleh setiap peserta bagi 2 tahun yang lalu Cuma pada kadar Rm3 sebulan.

Program ini diperakui patuh Syariah oleh perunding Syariah berdaftar, Afsha shariah Advisory Sdn Bhd. Status patuh Syariah ini diperolehi atas dasar ketelusan dimana wang perkongsian ahli Life Engineering adalah khusus untuk tujuan perkongsian kos perubatan semata-mata. Wang ini adalah amanah yang tidak boleh disalurkan untuk sebarang pelaburan lain. Ketahui lebih lanjut tentang program ini di sini dan di sini, atau lawati laman Facebook kami di sini untuk mengikuti perkembangan program ini.

Share this / 分享:

Leave a comment