Kisah Pengorbanan Sebenar Menjadi Renungan Di Aidil Adha | 生命工程    
aidil adha
10 8月, 2019

Kisah Pengorbanan Sebenar Menjadi Renungan Di Aidil Adha

by lfeadmin in Uncategorized 0 comments

Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji, ataupun istilah Aidiladha digunakan untuk memperihalkan sebuah perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ianya disambut pada setiap 10 haribulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar islam. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Ia banyak mengajar manusia erti pengorbanan. Secara simboliknya, pada sambutan aidiladha ini umat Islam digalakkan untuk mengorbankan haiwan peliharaan dan mengagihkan dagingnya kepada penduduk setempat.

Pengorbanan tidak mengenal usia, masa, dan tempat. Pengorbanan juga merupakan satu jihad yang sangat di sanjung oleh lapisan masyarakat. Maksud yang besar sebuah pengorbanan sangat jelas diceritakan oleh kisah ibu dan isteri dari Kampung Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Sarina Endut, 40 yang mempunyai dua anak yang masih kecil berusia 8 tahun dan 6 tahun ini terpaksa mengorbankan pekerjaannyta sebagai seorang tukang cuci demi menjaga suaminya, Jamaluddin Uyub, 59 yang menderita kanser usus.


Oleh kerana si ibu menghadapi kesukaran untuk berulang dari rumahnya yang sejauh 70 kilometer setiap hari dan tiada kemampuan untuk menyewa bilik, keluarga ini terpaksa menetap sementara di lobi hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, Pahang. Disebelah siang sementara si ibu menemani suaminya di wad, kedua anak-anak kecil terpaksa ditinggalkan bermain di lobi manakala disebelah malamnya pula ketiga-tiga beranak ini tidur ti lobi hospital dengan hanya beralaskan kotak.

Keprihatinan yang di tunjukkan oleh pihak JKM yang meluluskan bantuan segera dan juga pihak hospital yang menyediakan bilik percuma amatlah di hargai. Tanpa sumber pendapatan, keluarga ini amatlah mengharapkan bantuan dari luar. Bagi yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank (0714 0138 4525 27) atas nama Jamaluddin Uyub.

Semoga kisah mereka ini dapat di jadikan iktibar dan membuka banyak mata untuk membantu mereka yang memerlukan.

Penyertaan sebagai Pekongsi/Sharer di komuniti Life Engineering ketika anda masih sihat adalah bertujuan mewujudkan satu komuniti yang kukuh untuk membantu sesama ahli komuniti dalam berkongsi kos perubatan, selain daripada melindungi diri sendiri. Deposit perkongsian anda akan disalurkan kepada yang memerlukan di dalam komuniti ini.  Di kemudian hari, ahli yang lain yang masih sihat pula akan jadi penyumbang kepada bayaran kos perubatan disaat anda memerlukannya.
Kos perkongsian yang sangat mampu milik dengan maksima hanya RM 50 sebulan atau RM 0 jika tiada tuntutan kes amatlah mampu milik dan segenap lapisan masyarakat yang berumur 8-40 tahun boleh menyertai program ini.
Sertailah program ini segera sementara anda masih layak.

Share this / 分享:

Leave a comment