Kos Perubatan : Perkongsian Bulan Jun | 生命工程    
kos perubatan takaful murah
26 6月, 2019

Kos Perubatan : Perkongsian Bulan Jun

by lfeadmin in News 0 comments

Kos Perubatan : Perkongsian Bulan Jun

Berapa Perkongsian Kos Perubatan Bulan Jun?

Hari ke-24 setiap bulan adalah tarikh keramat dimana Life Engineering akan mengumumkan jumlah perkongsian yang akan ditolak dari deposit setiap pekongsi (RM100=sebelum penolakan). Bulan Jun ini, terdapat 1 kes hospital yang memerlukan setiap pekongsi hanya “membayar”, atau lebih tepat lagi, berkongsi RM2.91 sahaja. Jadi, deposit setiap pekongsi hanya akan ditolak sebanyak RM2.91 untuk sepanjang bulan Jun. Berbeza dari insuran atau takaful, di Life Engineering, anda tak perlu bayar, tapi anda berkongsi. Dan anda cuma berkongsi apabila ada keperluan sahaja.

Takaful = airbag?

kos perubatan takaful murah

Apabila anda melanggan skim insuran perubatan konvensional atau Takaful seumpama anda membeli sebuah kereta dan memastikan ia dilengkapi dengan sistem airbag. Airbag sudah tentunya wajib untuk perlindungan diri anda dari impak kemalangan tapi sudah pasti anda tidak mahu menggunakannya walau sekali pun kan? Bayangkan, kalaulah anda perlu membayar untuk airbag tersebut setiap bulan, tapi tak pernah pun menggunakannya. Lagipun, adakah anda pasti airbag tersebut akan berfungsi bila berlaku ketika dan keadaan tiba-tiba anda amat mengharapkannya untuk melindungi diri anda? Anda tidak akan tahu selagi anda belum tebabit dalam kemalangan.

Jika airbag memberi perlindungan untuk kemalangan jalan raya, insurans ialah perlindungan untuk menghadapi kos perubatan yang tinggi. Mungkin anda perlu memikirkan semula strategi anda dalam melindungi diri daripada beban kewangan yang besar jika anda terpaksa mendapatkan rawatan perubatan yang menelan belanja yang mahal. Life Engineering mempunyai penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

Perkongsian Perubatan RM0 Bukan Mustahil

kos perubatan takaful murah

Dalam bulan April dan Mei yang lalu, tiada satu sen pun yang dikongsi antara kesemua pekongsi kerana tiada kes yang memerlukannya. Platform ini sudah terbukti dapat mengurangkan bebanan tanggungan kos perubatan secara drastik. Malahan, sepanjang 2 tahun lepas (2017 & 2018), setiap pekongsi telah berkongsi secara purata hanya kurang dari RM3 sahaja setiap bulan!

kos perubatan takaful murah
Jumlah perkongsian sebenar (2017 – terkini)

Daripada kajian pengiraan Aktuari, kami hanya mengehadkan perkongsian maksimum setiap bulan pada kadar RM50 sahaja, dan yuran tahunan RM100 dikenakan untuk menampung kos pengurusan platform. Had RM50 tersebut cuma pernah dicecah sekali sahaja sepanjang program ini berjalan iaitu pada bulan Mac 2018. Jika semakin ramai yang berkongsi, semakin kuranglah purata perkongsian setiap bulan.

Kebaikan Perkongsian Life Engineering

Antara manfaat menyertai program Life Engineering:
– RM1 juta perlindungan perubatan (diperbaharui setiap tahun, dengan tambahan RM200 ribu setiap tahun)
– RM 5000 khairat kematian (ditambah sebanyak RM1000 setiap tahun)
– Lebih 200 hospital panel seluruh Malaysia (kerajaan dan swasta)
– Nasihat perubatan profesional
– 100% patuh Syariah (wang perkongsian tidak dilaburkan dalam apa bentuk sekalipun)

Kos perubatan takaful murah
Screenshot Aplikasi Life Engineering-Senarai Hospital Panel

Klik di sini untuk senarai penuh hospital panel eMas.

Update Perkongsian Setiap Bulan

Nak tahu apa yang berlaku dalam kes terbaru dalam bulan Jun ini? Semua pekongsi Life Engineering, termasuk tetamu Life Engineering yang mendaftar percuma boleh melihat laporan kes setiap bulan melalui platform applikasi Life Engineering. Bagi setiap kes, anda boleh mengenalpasti siapa, bila dan bagaimana, dan setiap bulan pada tarikh pengumuman jumlah perkongsian, kami akan menghantar email ke setiap pekongsi, perincian surat jaminan akhir dan rumusan setiap kes. Dan yang terakhir, kesemua kes yang layak dan kesemua surat jaminan disahkan dan dikeluarkan oleh e-Mas (Eximius Medical Administration Solutions) untuk mengelakkan penipuan dan penyalahgunaan.

kos perubatan takaful murah
Screenshot Aplikasi Life Engineering-Kes rawatan hospital sebenar 3 bulan terkini

Life Engineering. Daripada yang memahami, untuk kebaikan semua.

 

 

Tahu lebih lanjut tentang kami: www.lifeengineering.my
Daftar sekarang:
https://getstarted.lifeengineering.my/…
Whatsapp: https://wa.me/60169472999

Atau hubungi kami terus di 03-62428884 & 0169472999

Share this / 分享:

Leave a comment